Assciated Educational Distributors (M) Sdn Bhd (AED). telah wujud sebagai sebuah perniagaan tunggal pada 9 Julai 1975 dan ketika itu menjalankan operasinya di No. 31-D Lorong Bukit Senjuang, Melaka. Mula bertapak dengan menjual buku-buku, alat tulis dan peralatan sains untuk sekolah-sekolah, pengasasnya En. Steven K.H. Lee telah berusaha untuk terus maju dalam bidang penerbitan buku.
Hanya mulai tahun 1979, lahirlah buku terbitan yang pertama iaitu Siri Kanak-kanak Desa yang ditulis oleh Pak Matlob yang mengandungi 12 naskhah buku cerita. Bermula dari situ AED giat mencari skrip-skrip yang bermutu daripada penulis-penulis berbakat untuk diterbitkan dan seterusnya diedarkan ke sekolah-sekolah. Sehingga tahun 2014, buku-buku terbitan AED adalah lebih daripada 2 000 judul.
Hubungan erat antara kakitangan telah melahirkan satu produktiviti yang terbaik dan mendapat pengiktirafan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini buku-buku terbitan AED dinilai dan dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah rendah dan menengah. AED merancang menerbitkan banyak lagi buku-buku rujukan dan bacaan umum untuk memenuhi program Bahagian Teknologi dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat berilmu, AED juga sedang mengorak langkah untuk menembusi pasaran terbuka dengan menerbitkan pelbagai bahan sama ada fiksyen ataupun bukan fiksyen.
* klik butang katalog untuk detail maklumat.
EILMIAH GLOBAL (UT0017745-W)
Office General Line : +606 – 2844 786
Office Address : No. 550, Taman Melaka Raya,
75000 Melaka Malaysia
Fax : +606 – 2844 697
Website : www.eilmiah.com
• Sebutkan suku kata terbuka yang tersusun dan ringkas.
• Ilustrasi berwarna-warni yang sesuai dengan suku kata.
• Pembacaan ayat-ayat ringkas dan mudah.
• Latihan untuk menguji minda kanak-kanak.
• Mengenal dan menyebut suku kata.
• Kemahiran menulis dan membaca.
• Menguasai dan mengingati perkara yang telah dipelajari.
• Kemahiran pemerhatian dan membuat perbezaan.
550, Taman Melaka Raya,75000 Melaka, Malaysia.
Tel: 06-2844786 Fax: 06-2844697
(Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan Malaysia. No: 357-00011897)
Ahli Persatuan Penerbit Buku Malaysia sejak 1984.
No. Keahlian: 198605